Advertise By:

26 January 2013

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki Dan Perempuan


Pemakaian inai di majlis perkahwinan dianggap sebagai salah satu adat yang wajib bagi orang melayu terutamanya. Namun tahukah anda, bahawa pemakaian inai oleh kaum lelaki amat sekali dilarang oleh Islam.Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki Dan Perempuan | Dalam masayarakat kita, pemakaian inai di tangan sering dilihat dalam majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan. Ia merupakan satu perbincangan yang berbeza pendapat di antara 4 mazhab. Walaubagaimanapun kita akan mengambil kira hujah dan pendapat dari imam mazhab Syafie sahaja.Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harusinai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan “bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.”Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim). Bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram.

UAI

No comments:

Post a Comment