Advertise By:

29 January 2013

CaRa BeRdAkWah

Abdul Malik bertanya kepada ayahnya Umar bin Abd Aziz. 
”Wahai ayah, mengapa kamu tidak laksanakan semua perkara Islam walhal kita sudah memerintah?”.

Lantas jawab Umar bin Abdul Aziz, >”Janganlah kamu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang ketiga. Aku bimbang jika aku laksanakan kebenaran (dalam keadaan manusia jauh dari Islam) kepada manusia secara total dan akhirnya mereka menolak kebenaran itu secara total juga."

[Al-Muwafaqat, Imam As-Syatibi, 2/94]

********************************

Umar Abdul Aziz dikatakan sebagai khalifah ke 5 umat Islam, tetapi jarak antara kerajaannya dengan 4 orang Khulafa' ArRasyidin agak jauh.

Walapun agak jauh, tapi pada zaman itu Islam sedang berkembang, melebarkan sayapnya ke seluruh pelusuk benua dunia.

Walhal Rasullah telah lama wafat, dan larangan untuk meminum arak telah HARAM secara total. Tetapi mengapa Khalifah Umar Abdul Aziz berkata demikian ?

********************************
Sama juga dalam konteks dakwah pada masa kini. Zaman kita telah jauh. Jauh dari kerajaan Umar Abdul Aziz. Maka dalam tugas menyampaikan dakwah, pesan dan ingatan sesama kita.

HIKMAH dalam berdakwah itu perlu. Ada orang suka cara lembut, ada yang tidak bersetuju.

Saya suka guna contoh perempuan tidak bertudung.
Awek tidak bertudung, janganlah kita terus keras suruh dia pakai tudung labuh, pada permulaaan, berilah dia pakai selendang. Setelah itu, pakailah tudung singkat, dan seterusnya makin baik dan makin baik.

Puncak kejayaan dakwah adalah :
1- Orang laksanakan dan faham apa yang kita sampaikan.
2- Kita sendiri amal dan buat apa yang kita perkatakan kepada orang.

* Yang no 2 berat sungguh bagi admin Guruh Petir.

Persoalannya : Mengapa kita suka/seronok nak pertikaikan cara orang lain berdakwah, tetapi kita tak mahu berganding bahu seiring berdakwah bersama-sama ?

Tepuk dada, tanya hati.

28 January 2013

Masalah KAHWIN mahal, sebb belanja perkara tidak perlu untuk menjaga hati dan mata beberapa pihak.



1- Ada generasi masa kini bersungguh nak mengikut apa yg digariskan dalam pernikahan menurut Islam, tapi terpaksa beralah dengan generasi lama (ibu bapa) yg 'perlu' melakukan majlis resepsi/perkahwinan mengikut adat sedia ada dari dulu masyarakat kita.

2- Ada juga anak muda masa kini yg 'Ok' dengan segala adat yg telah masyarakat kita amalkan itu. Mungkin atau dia telah bersedia dari awal, dan dah steady di usia penghujung 20-an. 27,28,29 dah stabil.

3- ada juga yg menentang + mengata orang-orang yg nak berkahwin ikut garis panduan Islam. Memberi pelbagai alasan untuk membenarkan perkara tersebut. Antara alasan : memberi penghargaan kepada si wanita, sebagai tanda kasih kepada si gadis dan sebagainya.

* Memberi hantaran, perbelanjaaan ribu-ribu untuk sesuautu perkara tidak perlu dlm majlis perkahwinan itu, pada asalnya HARUS. tetapi jika tidak mampu sehingga kena mencuri , HARAM hukumnya. jika terbeban dan kemungkinan timbul masalah di masa hadapan, MAKRUH. Untuk hukum lanjutan, boleh rujuk pada alim ulama yg lebih luas ilmunya.

Perkara pokok yg org selalu bincang berkenaan masalah HANTARAN TINGGI adalah untuk memudahkan jalan kepada generasi mudah berkahwin. Hantaran tinggi bukanlah penyebab kepada kes buang bayi, masalah sukar nak sediakan wang untuk belanja berkahwin  yg menjadi punca anak muda mengambil jalan mudah untuk berzina.

Bila budak-budak muda berzina, masyarakat salahkan remaja. Bila remaja nak menikah awal, kena beli itu, buat itu ini. Budak baru 20 tahun, tapi nak menikah, dia pulak baru masuk kerja, mana nak ada simpanan RM30K dalam bank.

Mau tak mau, kena berhutang. Bila dah menikah, masalah dalaman mungkin timbul akibat hutang..Mula la nak bercerai ka, bergaduh ka, hubungan mentua menantu retak dan sebagainya.

Kalau sesuatu pasangan itu bahagia di luar, dalaman tiada siapa yang tahu. Isteri makan hati, suami berasap kepala. tiada siapa yg tahu melainkan kedua pasangan kelamin itu sahaja.

Nampak tak kesan dan akibat jika kita tidak mahu menurut ajaran Islam ?
banyak hikmahnya.
tapi NAFSU dan PERASAAN mengatasi segalanya.


-->
  --->
    ---->
Ada sahabat Nabi bernikah hanya dengan lafaz shahadah,
ada sahabat yang bernikah dengan hantaran duit dirham.

Berdasarkan komen pembaca :
1- Niat . Ada keluarga yg mengenakan syarat duit hantaran untuk pihak lelaki prepare wang ringgit demi menempuh alam rumah tangga.
2- Ada org marah, sebb masyarakat kita penting adat dari agama. Maka perubahan itu mesti bermula dari kita. Jika kita mampu buat, buatlah seadanya. Jika kita dah jadi ibu bapa, maka tengok pemuda yg nak melamar anak gadis kita tu. Jangan bebankan dia.

Seperti kata Ladybird Bug > Ilmu itu penting. Ilmu pengurusan wang dan bab2 berkaitan wang itu penting.
Kata Ann Sofya > ya betul. Orang luar tengok memang seronok, mereka tak bayar sesen pun. Pasangan dan keluarga yg kena tanggung.
Kata Mamu Impreza > maka, mari kita mulakan dnegan diri kita, Insyallah di masa depan, dengan perkahwinan anak perempuan kita.
Kata Syafiq Abdullah > permasalahan di sini adalah berkaitan belanja kahwin mahal atas perkara tidak perlu, yg perlu ditanggung oleh anak muda....Majoriti anak muda bukan kaya terus, kalau kaya pun dari keluarga berada, tapi majoriti masyarakat kita adalah dai keluarga sederhana sahaja.

Point of view setiap orang berbeza. Sebab kita datang dari latar belakang berbeza, nampak sesuatu perkara melalui pemahaman yg berbeza...

26 January 2013

Tanda-Tanda Seorang Perempuan Itu Meminati Anda


1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.
2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!
6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.
7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.