Advertise By:

28 January 2013

Masalah KAHWIN mahal, sebb belanja perkara tidak perlu untuk menjaga hati dan mata beberapa pihak.



1- Ada generasi masa kini bersungguh nak mengikut apa yg digariskan dalam pernikahan menurut Islam, tapi terpaksa beralah dengan generasi lama (ibu bapa) yg 'perlu' melakukan majlis resepsi/perkahwinan mengikut adat sedia ada dari dulu masyarakat kita.

2- Ada juga anak muda masa kini yg 'Ok' dengan segala adat yg telah masyarakat kita amalkan itu. Mungkin atau dia telah bersedia dari awal, dan dah steady di usia penghujung 20-an. 27,28,29 dah stabil.

3- ada juga yg menentang + mengata orang-orang yg nak berkahwin ikut garis panduan Islam. Memberi pelbagai alasan untuk membenarkan perkara tersebut. Antara alasan : memberi penghargaan kepada si wanita, sebagai tanda kasih kepada si gadis dan sebagainya.

* Memberi hantaran, perbelanjaaan ribu-ribu untuk sesuautu perkara tidak perlu dlm majlis perkahwinan itu, pada asalnya HARUS. tetapi jika tidak mampu sehingga kena mencuri , HARAM hukumnya. jika terbeban dan kemungkinan timbul masalah di masa hadapan, MAKRUH. Untuk hukum lanjutan, boleh rujuk pada alim ulama yg lebih luas ilmunya.

Perkara pokok yg org selalu bincang berkenaan masalah HANTARAN TINGGI adalah untuk memudahkan jalan kepada generasi mudah berkahwin. Hantaran tinggi bukanlah penyebab kepada kes buang bayi, masalah sukar nak sediakan wang untuk belanja berkahwin  yg menjadi punca anak muda mengambil jalan mudah untuk berzina.

Bila budak-budak muda berzina, masyarakat salahkan remaja. Bila remaja nak menikah awal, kena beli itu, buat itu ini. Budak baru 20 tahun, tapi nak menikah, dia pulak baru masuk kerja, mana nak ada simpanan RM30K dalam bank.

Mau tak mau, kena berhutang. Bila dah menikah, masalah dalaman mungkin timbul akibat hutang..Mula la nak bercerai ka, bergaduh ka, hubungan mentua menantu retak dan sebagainya.

Kalau sesuatu pasangan itu bahagia di luar, dalaman tiada siapa yang tahu. Isteri makan hati, suami berasap kepala. tiada siapa yg tahu melainkan kedua pasangan kelamin itu sahaja.

Nampak tak kesan dan akibat jika kita tidak mahu menurut ajaran Islam ?
banyak hikmahnya.
tapi NAFSU dan PERASAAN mengatasi segalanya.


-->
  --->
    ---->
Ada sahabat Nabi bernikah hanya dengan lafaz shahadah,
ada sahabat yang bernikah dengan hantaran duit dirham.

Berdasarkan komen pembaca :
1- Niat . Ada keluarga yg mengenakan syarat duit hantaran untuk pihak lelaki prepare wang ringgit demi menempuh alam rumah tangga.
2- Ada org marah, sebb masyarakat kita penting adat dari agama. Maka perubahan itu mesti bermula dari kita. Jika kita mampu buat, buatlah seadanya. Jika kita dah jadi ibu bapa, maka tengok pemuda yg nak melamar anak gadis kita tu. Jangan bebankan dia.

Seperti kata Ladybird Bug > Ilmu itu penting. Ilmu pengurusan wang dan bab2 berkaitan wang itu penting.
Kata Ann Sofya > ya betul. Orang luar tengok memang seronok, mereka tak bayar sesen pun. Pasangan dan keluarga yg kena tanggung.
Kata Mamu Impreza > maka, mari kita mulakan dnegan diri kita, Insyallah di masa depan, dengan perkahwinan anak perempuan kita.
Kata Syafiq Abdullah > permasalahan di sini adalah berkaitan belanja kahwin mahal atas perkara tidak perlu, yg perlu ditanggung oleh anak muda....Majoriti anak muda bukan kaya terus, kalau kaya pun dari keluarga berada, tapi majoriti masyarakat kita adalah dai keluarga sederhana sahaja.

Point of view setiap orang berbeza. Sebab kita datang dari latar belakang berbeza, nampak sesuatu perkara melalui pemahaman yg berbeza...

No comments:

Post a Comment