Advertise By:

22 January 2013

::::PERIHAL KECUAIAN WANITA BERKAITAN HAID :::::


CONTOH KEADAAN 1: (masa datang haid)
Waktu zohor pkul 1.30 p.m.
si isteri niatkan dalam hati hendak sembahyang zohor pukul 2.00 P.m, sebab tengah buat kerja (goreng ikan), nanti suami balik hendak makan nasi tengah hari.
... jadi si isteri berazam hendak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI, tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWABNYA :
Selepas suci daripada haid, mandi wajib.. si isteri kena QADHA ZUHUR ITU. sebab si isteri telah MENDAPAT waktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI
(SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi itu, sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI)

-----------------------------------------------------------------------------
CONTOH KEADAAN 2 : (yang kering haid di waktu zuhur.)
Waktu asar pukul 4.30 p.m,
si isteri kering darah haid sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m 
(DALAM WAKTU ZUHUR),
si isteri pun ambil tuala mandi wajib, dan siap pada pukul 4.45 p.m,
lepas pada itu, dia pakai baju sembahyang, dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWABNYA:
kena ingat?? awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kena QADHA zuhur itu tadi.

Suami WAJIB ajar isteri bab ni, sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI (fardhu ain) BAB TAHARAH dan semua bab yang wajib kita belajar dan kena ajar kepada isteri. Asalnya suami yang wajib mengajar pada isteri, bukan ustaz..

bila dua2 tidak pandai baru dua2 wajib mari belajar dengan Ustaz,
sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI.. Jika tidak sah ibadah Isteri, suaminya juga yang kena tanggung dosa isterinya itu ya. faham molek2 ya.

yang gelap biar jadi cerah (dari bodoh boleh jadi cerdik)

:dipetik dari kuliah bigboh (Ustaz Azhar Idrus) berkaitan Toharah (bersuci)

k.g.b

No comments:

Post a Comment